Lebuhraya Smart Tutup Sementara Malam Esok


KUALA LUMPUR -  Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula pukul 11 malam esok sehingga 6 pagi keesokannya.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (Smart) melalui satu kenyataan media memberitahu, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

“Lebuhraya Smart akan ditutup kepada lalulintas dari 27 November ini bermula pukul 11 malam hingga pukul 6 pagi pada 28 November 2013.

“Penutupan ini untuk membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuhraya ini dijalankan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengguna boleh menghubungi talian Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Info lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger