Tegur Jabatan Agensi K’jaan Berbelanja Mewah


KUALA LUMPUR – Memang banyak pembaziran wang kerajaan dilakukan oleh jabatan dan agensi kerajaan dalam berbelanja, dakwa Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid.

Beliau mendakwa, tabiat berbelanja secara melampau oleh jabatan dan agensi kerajaan hingga ke tahap tidak terkawal dan memerlukan satu dasar yang wajar untuk menanganinya

“Mapim mendapati memang menjadi kelaziman (kepada jabatan dan agensi kerajaan), acara sambutan dan program yang yang dianjurkan sering mewah dan membazir. Tidak logik apabila acara lawatan pun terpaksa berbelanja mewah.

“Oleh itu pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa supaya semua jabatan dan agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan masing-masing sangat dialu-alukan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azmi turut menggesa dasar berbelanja berjimat cermat dalam perbelanjaan kerajaan menjadi dasar yang kekal untuk diamalkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, seruan berjimat cermat kepada semua jabatan dan agensi kerajaan tidak boleh bersifat bermusim iaitu semasa kerajaan menghadapi isu kewangan sahaja.

“Mapim ingin mengingatkan dasar jimat cermat bukan hanya untuk menyedapkan telinga rakyat padahal amalan bermewahan dalam berbelanja oleh jabatan dan agensi kerajaan terus ketara,” dakwanya.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Info lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger